My Site
Facebook Twitter Instagram
A Girl's Life Named Haney ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

STORY 'BOUT ME DARLINKS LOVER FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

Setia Hujung Nyawa
Wednesday, February 06, 2013 - Purple - 0 Comments



Assalamualaikum ... hye ! 
Okayh , malam ni aku nak cite tentang drama akasia TV3 niyh .
Semua mesti tahu an cite ni an ?
Kalau sape yang tak tahu tuyh ... hmmmm , ketingalan zaman btul la ...
Okayh ... ni aku bagi sinopsis cite ni ...    
      

S
inopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA: Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sinopsis dari novel: Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Okayh ... apa pendapat korang tentang cite niyh ? Best ? or Boring ? or Tah hape - hape ? Kalau korang tanya komen aku , aku jawab ntah lah ... Kadang best kadang boring sket . Jangan mara ye ? Ye lah ... mana tahu ada yang baca blog aku ni orang yang peminat fanatik drama ni ker . Tak mati kewr ? Haha :D tak dek ar sampai gitu an ? Aku post entri ni sebab aku bosan . Hehe :) . Selain cite ni an , korang minat cite apa agy ha ? Aku ? Ntah lah .... aku skang dah jarang kowt nengok tv niyh ... aku nengok pown bila aku ase tak ada apa nak wat . Hmmmm ... Aku dah tak dok cite sbenarnya nieyh . Eh , tak ... tak ... ada cite , tapi tak tahu nak cite apa . Cite tuyh tak nak kluar lak dia ... hehe :)Okayh lah , aku nak tido lah . Bye , Assalamualaikum . :D 


De'Owner

Hello! Hye! Annyeonghaseyo! Assalamualaikum ... I`m Haney, 20 lovely young age. Just an ordinary girl. Thanks for your visit!
Credit

Template by Siti
Owner is Haney