
Friday, December 28, 2012 - Purple - 7 Comments
Assalamualaikum dan hai kepada semua tetamu blog ini .
Hari ini aku nak berkongsi lah pada korang,
yang aku masih tidak dapat melupakan
Sejujurnya aku rindukan dia
ye, sangat rindukan dia yang pernah
menyayangi diriku ini. Tak sanggup rasanya
mahu mengingati kenangan yang meragut hati aku itu. Sangat tak sanggup.
Dia lah lelaki pertama yang membuatkan
hati aku, hari aku, diri aku ini..
terisi dengan kehadirannya.
Terasa berharga buat
dirinya.
Tahulah wahai dikau,
aku sangat merinduimu ...
aku mengaku, semua yang berlaku
dalam hubungan kita dahulu, adalah salah aku.
Aku tahu kau pergi dari hidup ku
adalah kerana kau tak nak diriku terseksa
seperti yang kau pernah beritahu aku duluuu.
aku sekarang masih tak dapat lupakan kau.
Bila aku ingat balik kenangan
aku dengan kau
sejujurnya
tapi, apakan daya, kuasa Allah lagi hebat
Aku mampu mengubati luka di hati aku
aku mampu tersenyum riang
dengan adanya orang yang
selalu berada di samping ku.
seperti kawan - kawan aku dan keluarga ku.
mereka menceriakan hari ku
sehingga aku lupakan kau
sedikit demi sedikit.
Tapi,
ICAN'TFORGETALLABOUTYOU.
Aku belum lagi dapat melupakan kau sepenuhnya
seperti yang kau minta dan seperti
yang kau mahukan.
Aku minta maaf banyak - banyak
sebab tak dapat melupakan kau walaupun dah masuk setahun lebih kita putus.
Tapi,
Insyaallah.
Aku akan terus berdoa agar Allah
melupuskan semua ingatan aku tentang kau.
Aku tak ada tempat untuk luahkan perasaan.
Hanya ini...
hanya blog ini lah menjadi luahan hati aku.
hanya blog ini menjadi peneman aku
hanya blog ini yang membuatkan
hati aku lega sedikit demi sedikit.
Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah
kerana Dia memberikan kesempatan kepadaku untuk aku
merasakan nikmat cinta manusia walaupun tak lama.
Sangat bersyukur kerana diberi peluang juga
untuk aku merawat hati yang masih
terasa kehilangannya.
Ya Allah,
Kau lindungilah dia,
Kau berikanlah dia kebahagiaan
yang dia impi - impikan.
Kau buatkanlah dia
selalu tersenyum.
Kau berikanlah dia ketabahan
kerana Kau telah mengambil seseorang
yang begitu penting dalam hidupnya
iaitu seorang ayah.
Seorang ayah yang selama ini dia bergantung harap.
Seorang ayah yang penyayang.
Aku tak boleh bayangkan
jika aku
berada di tempatnya.
Apakah aku mampu ?
Apakah aku mampu untuk menghadapi dugaanmu itu ?
Berilah dia kesenangan hidup bersama keluarganya.
Berilah dia sentiasa bergembira dengan keluarganya.
Amin....
Hanya itu yang mampu aku kongsikan.
Mungkin korang bosan kan dengan cerita aku.
Mungkin korang akan berkata yang aku masih muda dan
tidak layak untuk berbicara soal cinta manusia ini.
Dan mungkin juga korang akan katakan
yang kapel itu haram.
Tapi,
Kalau tak silap aku,
Kapel itu tidak haram,
yang haram itu adalah perbuatan.
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Entah lah. Tapi, itulah apa yang disampaikan oleh rakanku.
Yang dikatakan disampaikan oleh ustazah kepadanya .
Entah lah.
Kalau rasa aku tersilap, tegurlah.
Sampai sini sajalah aku berkongsi rasa.
Assalamualaikum .